TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 77)
Berhijrah ke Dubai (5)
Hotel atau rangkaian hotel di Dubai adalah satu fenemona yang jarang saya tenguk di tempat lain seolah2 hotel adalah tunggak negara atau tunggak ekonomi negara. Lobi hotel selalunya besar & mengilhamkan. Banyak pertemuan sosial & separa sosial berlaku di sini.
Apa cerita saya pula? Di tahun 2008, mendapat ofis kecil, susah kami nak buat mesyuarat di ofis yang sekankang kera. Pihak pengurusan ofis menyediakan beberapa jenis bilik mesyuarat tapi kena sewa berdasarkan keluasan & jam. Di Dubai, semuanya kena bayar. Yang tidak ada hanyalah cukai pendapatan peribadi @ korporat.
Tak mampu saya nak buat mesyuarat di sini. Ada tiga pilihan. Pertama di lobi bangunan ofis iaitu Emirates Towers (Offices). Cuma tak ada minuman & snack. Hanya ruang menunggu tetamu.
Pilihan kedua, lobi hotel Emirates Tower (Hotel). Lobinya cantik. Ada pelbagai susunan tempat duduk. Di sinilah kebanyakan mesyuarat atau pertemuan dengan bakal pelanggan diadakan. Ia percuma. Hanya perlu order minuman. Saya mula belajar minum Lattee & Capucchino serta Moroccan Tea. Saya ingat saya seorang yang buat meeting kat sini. Ramai lain yang buat perkara yang sama. Sehingga 2020, saya masih menjadikan lobi hotel Emirates Tower sebagai lokasi mesyuarat atau pertemuan saya. (Foto bersama Us Aidil, pengasas Olive House sekitar tahun 2017/2018l.
Pilihan ketiga ialah cafe2 yang banyak di bangunan Gate (bangunan utama DIFC yang berbentuk U terbalik). Cuma kami kena jalan seberang jalan dalam 10 minit untuk sampai dari ofis. Pada mulanya ada disediakan buggy car. Bila berlaku krisis GFC, semua dah stop. Terpaksa berjalan. Kalau musim sejuk best jalan. Kalau musim panas, rasa berjalan dalam sauna.
Selepas hampir 2 tahun berofis di Emirates Tower, saya berpindah ke bangunan DIFC. Saya masih lagi menyewa ofis yang dah lengkap dengan peralatan - karpet, meja & kerusi, siling, aircond, talian phone & internet. Harga masih mahal tetapi lebih murah dari tingkat 41 Emirates Tower (foto dikepilkan). Saya telah berpindah beberapa kali mencari ofis lebih besar & lebih murah. Akhirnya, sekitar tahun 2013, berpindah ke ofis yang lebih selesa (sambung).
MDB